« Home | bulletin is coming.. » | Our Aim » 

Friday, August 12, 2005

Bulletin 2

BULETIN LAMA TAK KELUAR.KENAPA?


Image hosted by Photobucket.com
Penulis (dari kiri) bersama Devon dan Jessie, pengerusi PMM kita..

Shalom kepada semua pembaca buletin. Maaf kepada semua di atas kelewatan dan penangguhan pengeluaran buletin gereja untuk beberapa bulan ini.

Ini bukanlah disengajakan tetapi berikutan AJK buletin terpaksa menghadapi peperiksaan terutamanya pelajar UMS pada bulan Mac yang lalu. Hal ini juga disebabkan kami tiada ajk yang masih tinggal di sini ketika kami bercuti untuk beberapa bulan(cuti semester uuntuk pelajar ums). Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku di kemudian hari.

Dengan ini saya meminta para pembaca yang berminat untuk menyiarkan artikel yang boleh dikongsikan bersama, sumbangan and amat dihargai oleh kami. Kita hanya merancang tetapi Tuhan telah merencana semuanya untuk kita. Bersatu didalam Kristus.

HARIJADI SETIAP BULAN.....(2)

Selamat hari lahir kepada sesiapa umat-Nya yang menyambut hari lahir pada bulan-bulan yang lepas. Maaf tiada ucapan yang meriah dari kami.

Namun saya pasti anda semua berasa sungguh gembira kerana dapat menyambut hari lahir anda di gereja SIB Kingfisher ini. Semoga rahmat Tuhan sentiasa memberkati setiap yang mempercayai-Nya seumur hidup. Rancanglah masa depan mu dengan baik dan mintalah daripada Dia agar apa yang kamu rancang tidak menjadi sia-sia. Sesungguhnya Dialah yang merencanakan seluruh hidup kita sebagai umat-Nya. Dekatilah Dia dengan hati yang penuh riang memuji dan meninggikan nama-Nya. Pada 6 mac yang lalu, pihak gereja turut berdoa untuk bayi yang berusia 3 bulan,Odran Paran Leo, anak kepada David Leo dan Lisa Dominic. Semoga bayi ini diberi terang kasih Tuhan dan di pimpin oleh-Nya diseepanjang jalan hidupnya.

Terima kasih kepada pihak gereja yang berusaha menjayakan sambutan harijadi setiap bulan. Tidak menjadi masalah jika kita membantu gereja dengan menghulurkan apa yang termampu. Hanya Tuhan akan membalas jasa anda nanti. Tiada kerja yang dilakukan tidak membawa pulangan di kemudian hari sama ada yang baik maupun yang buruk. Tuhan itu lebih arif tentang kita dan apa yang kita lakukan di setiap saat.

Image hosted by Photobucket.com

Sambutan hari lahir yang dilakukan serentak dengan majlis “Welcoming Celebration” untuk para jemaah baru dari UMS

Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com

Jemaat-jemaat yang hadir

SELAMAT KEMBALI DAN SELAMAT DATANG(1)

Image hosted by Photobucket.com

Hari pertama para pelajar UMS di SIBKF setelah bercuti selama 3 bulan

Setelah lama bercuti kini pelajar UMS kembali menyambung pengajian di sini. Setelah cuti yang bergitu panjang, kini kita berjumpa kembali dan melayani bersama di Gereja SIB Kingfisher. “Selamat kembali” ungkapan yang di lafazkan dengan gembira oleh para Pastor dan yang lain. Dan kini Gereja SIB Kingfisher berseri semula dan lebih meriah lagi apabila terdapat juga muka-muka baru yang turut bersama melayani bersama di sini.

Oleh itu pihak Gereja berbesar hati dan telah mengadakan ‘Welcoming Service’ kepada semua. Terima kasih dan tahniah kepada pihak gereja yang telah menjayakan program tersebut. Kemeriahan pelayanan di gereja menjadikan kegembiraan untuk memuji dan meninggikan nama Yesus semakin semarak. Kini jumlah orang yang datang menyebabkan Gereja semakin sesak tetapi itu tidak mempengaruhi pelayanan yang sedang berjalan. Jika diperhatikan pada mulanya jumlah umat yang melayani di gereja ini amat sedikit, dan kini semuanya berubah setelah hadirnya pelajar-pelajar dari KYS, UMS dan ada juga dari UITM. Ini menunjukkan usaha pihak gereja untuk menarik lebih ramai umat yang ingin melayani Tuhan berjaya kerana gereja ini tidak jauh daripada tempat pelajar.

Semoga semua ini tidaklah berhenti setakat ini sebaliknya akan lebih ramai lagi yang akan datang. Dan berdoalah bagi Gereja kita ini supaya apa yang dilakukan oleh pihak gereja untuk semua boleh berjalan degan baik. Semoga Tuhan memberkati setiap pelayanan kita di Gereja SIB Kingfisher.

DOA KELUARGA CIKGU JUSTIN(3)

Pada 12 mac yang lalu pihak gereja telah mengadakan satu kelompok sel di rumah Cikgu Justin.

Pada 7.30 malam rombongan berangkat ke rumah Cikgu Justin dan keluarga. Rombongan ini disertai oleh beberapa orang pelajar UMS. Mereka ynag berkesempatan ialah Jessie, Jessica, Wilfred dan Pauline disertai oleh Pastor Rositah Dan Pastor Zach. Juga tidak ketinggalan juga Pastor Danny dan keluarga serta Daiken Mutang dan keluarga hadir pada malam itu. Turut hadir, saudara-saudara terdekat Cikgu Justin. Aktiviti bermula dengan pujian penyembahan ringkas. Kemudian Pastor Danny mengetuai untuk bacaan alkitab untuk semua yang hadir pada hari tersebut. Seterusya semua yang hadir berdoa untuk Cikgu Justin dan keluarga. Setelah selesai semua acara, jamuan ringkas disediakan oleh Cikgu Justin sebagai tanda terima kasih kepada semua kerana sudi mengadakan doa kelompok sel di rumahnya.

Semoga Tuhan terus memberkati setiap pekerjaan harian yang dilakukan oleh keluarga Cikgu Justin dan terus membimbing mereka berjalan di atas ajaran Tuhan. Amen.

BERTEMU LAGI KITA(PMM)

Image hosted by Photobucket.com

PMM sedang melakukan mesyuarat ringkas untuk mengetahui perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang cuti 3 bulan

Shalom untuk semua anggota PMM. Bertemu lagi kita setelah bercuti 3 bulan di tempat ini, dimana kita bersama-sama memuji Tuhan. Namun tugasan juga jangan dilupa, banyak yang kita telah rancang jangan jadi tergendala.

Setelah balik bercuti kita berkumpul lagi. Gembira rasanya kita bersatu kembali, awal sidah ada meeting bersama. Pengerusi kita semakin aktif melakukan tugasnya memimipin kita. Terima kasih pengerusi kerana sanggup membantu semua mengembalikan semangat untuk melayani di sini. Nampaknya semakin banyak aktiviti yang melibatkan PMM dijalankan pada kali ini. Ini lebih membawa kepada keseronokan kita meninggikan nama Tuhan. Berusahalah kita agar kita dapat melksanakan tugas kita di gereja ini. Semestinya lebih banyak idea yang boleh kita kongsi bersama di sini selepas cuti ini tadi. Pasti setiap orang ada pengalaman semasa cuti ini dan pengalaman itu janganlah di simpan sendirian. Lebih baik kita gunakan untuk memajukan PMM supaya kita tidak ketinggalan dengan peredaran masa.

Dengan kedatangan semula ini, sama-sama kita berusaha mencapai motto kita iaitu ‘Unity in Christ’.

E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...

Add a comment